Tuesday, March 8, 2011

UNSUR-UNSUR SENI

Garisan
Garisan merupakan satu aktiviti permulaan untuk menjadikan tanda pertama dengan bermulanya saut titik.Seterusnya menggaris dan membentuk supaya menjadi satu garisan sama ada garisan tebal,nipis,berputar dan lain-lain.Selainn itu garisan juga terjadi apabila saut siri titik  yang bersambung yang mempunyai sifat tersendiri iaitu panjang dan saiz yang berbeza di cantum.
Garisan adalah elemen asas yang penting dan utama dalam unsur seni. Garisan adalah untuk melukis dan melakar.Ia terdapat di sebarang bentuk lukisan atau contengan. Setiap lukisan yang dihasilkan itu pastinya bermula dengan satu garisan.
            Bagi menghasilkan karya seni tedapat pelbagai jenis tulisan yang digunakan iaitu garisan beralun,berlingkar,berputar,berpancar,nipis,berbiji,berduri,bersudut, bergerigi, berserabut, berulang, putus-putus, bergetar, bertitik-titik, berbulu,tebal,kasar, dan halus.
Garisan dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu garisan semulajadi dan buatan manusia.Garisan semulajadi biasanya garisan kasar pada batang pokok,garisan beralun pada ombak,garisan berbulu pada bulu kucing.Seterusnya garisan buatan manusia pula ialah garisan bergerigi pada  mata gergaji,garisan halus pada berus cina dan cat air.
 Garisan juga boleh dilukis dengan menggunakan berbagai jenis alat melukis, sebagai contoh pensil, arang, kapur, pen, pensil warna, dan sebagainya.Garisan juga boleh menghasilkan pelbagai teknik iaitu teknik kolaj, capan, gosokan, anyaman, lipatan, renjisan dan tiupan.
Disamping itu,garisan juga mempunyai kegunaan iaitu garisan mencipta ruang,menghasilkan ton,menimbulkan jalinan, menunjukkan bentuk, memperlihatkan pergerakan dan dijadikan motif bercorak.


   Bentuk

Bentuk mempunyai cirri-ciri yang tersendiri iaitu keluasan, ketinggian, kelebaran, ketebalan ,dan jisim serta mempunyai lebih daripada  satu permukaan.Oleh itu, bentuk mempunyai isi padu,wujud dalam ruang tiga dimensi dan pejal.Rangka bentuk adalah stukturnya.Struktur bentuknya berbeza-beza mengikut sudut pandangan  yang berlainan.Sesuatu bentuk juga boleh dihasilkan dengan menambahkan form.
Terdapat cara yang sesuai untuk menimbulkan form pada rangka bentuk iaitu teknik garisan,lorekan,jalinan, dan catan.Terdapat dua cirri bentuk  iaitu bentuk dua dimensi dan bentuk tiga dimensi.Bentuk dua dimensi mengandungi sifat-sifat  jalinan, garisan, warna dan ruang bertujuan untuk menimbulkan ilusi dalam karya dan menjadikan imej yang terbentuk kelihatan realistik.Seterusnya bentuk tiga dimensi terdapatnya isipadu,panjang,ketebalan,lebar dan mengandungi cirri-ciri fizikal yang lengkap.
Jenis-jenis bentuk yang terdapat ialah bentuk konkrit dan ilusi.Bentuk konkrit adalah bersifat tiga dimensi kerana dapat disentuh,dilihat dan dirasa.Antara contoh karya yang berbentuk konkrit adalah arca,tembikar dan anyaman.Seterusnya bentuk ilusi pula ialah berbentuk dua dimensi seperti gambar,lukisan,catan dan cetakan.ia hanya boleh dilihat tidak boleh dirasa.Bentuk ilusi adalah sama rata apabila di sentuh dan berbentuk maya kerana mengunakan unsur-unsur seni untuk menimbulkan gambaran ilusi.



     Jalinan

Jalinan adalah kesan-kesan yang terdapat pada permukaan benda atau objek semulajadi dan buatan manusia.Permukaan seperti botol,cermin,buah epal dan cakera padat mempunyai sifat jalinan yang licin.Permukaan buah durian ,kulit kerang dan kulit pokok mempunyai sifat jalinan yang kasar dan kesat.Sifat jalinan pada kain sutera pula adalah halus dan lembut.Kesan-kesan ini boleh dirasa melalui sentuhan tangan.Kesan jalinan dapat menimbulkan jisim pada bentuk.Karya yang mempunyai kesan jalinan akan kelihatan lebih menarik dan realistik.Ia dapat dihasilkan melalui pelbagai teknik seperti lukisan,catan,ukiran,cetakan,resis(batik),paulaman,capan,dan gosokan.
Kesan Jalinan mempunyai peranan untuk perlindungan.Contohnya pokok kaktus berduri untuk melindungi daripada dimakan oleh haiwan,manakala corak bunga pada tayar juga berfungsi untuk mencengkam semasa bergerak di jalan raya.
Jalinan terbahagi kepada dua iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak.Jalinan sentuh adalah permukaan yang dapat dirasa melalui sentuhan sama ada kasar,halus,lembut,lembik,dan lain-lain.ia terdapat dua objek iaitu objek semulajadi dan buatan manusia.Sebagai contohnya yang mempunyai cirri-ciri ini ialah kulit nenas,kulit oren,kulit kayu,dan lain-lain.Jalinan tampak adalah kesan yang boleh dilihat dengan pancaindera.Ia hanya berada dalam ilusi dan tidak merasa apa-apa bila disentuh,contohnya kulit tembikai.



     Ruang
Ruang adalah satu kawasan kosong yang mengelilingi sesuatu objek sama ada tersusun atau tidak tersusun.Ia sangat penting kerana memberikan keselesaan,menimbulkan jarak pada objek.Unsur-unsur seni seperti garisan ,jalinan, dan warna boleh menimbulkan ruang di belakang atau di hadapan.Sebagai contoh warna panas atau gelap digunakan untuk objek yang berada dekat dan warna sejuk atau pudar untuk objek yang jauh.
Ruang terbahagi kepada dua iaitu ruang nyata @ ruang fizikal dan ruang ilusi.Ruang nyata dapat dilihat pada arca,tembikar.anyaman,tenunan,dan ukiran kayu.Manalaka ruang ilusi merupakan ruang yang terhasil pada permukaan dua dimensi iaitu pada lukisan atau catan.Antara contoh ruang ilusi adalah ruang positif,negative,ruang kedalaman,cetek,dan tidak menentu.
Ruang positif adalah kawasan yang dilukis dengan sesuatu objek tanpa mengira objek tersebut memenuhi separuh daripada permukaan atau memerlukan sedikit ruang.Ruang ini menjadi fokus pemerhati.
Ruang negatif merupakan semua kawasan yang tidak digunakan atau diabaikan dalam menghasilkan karya.Kawasan ini tidak menjadi fokus pemerhati tetapi ruang ini adalah penting untuk menghasilkan sesuatu karya.Ruang ini dapat menentukan sama ada objek yang dilukis tepat atau tidak terutama dalam melukis objek yang lebih daripada satu atau tersusun.
Ruang kedalaman menunjukkan sesuatu suasana yang jauh ke dalam pada permukaan dua dimensi.Ia merupakan satu ruang yang mengandungi pelbagai saiz.ia terhasil apabila adanya perbezaan  jarak yang ditunjukkan melalui nilai garisan,ton,warna dan lain-lain.Ruang ini dikaitkan dengan catan landskap.
Ruang cetek adalah satu ruang yang dilihat dengan satu pandangan yang terhad.Ruang ini terjadi apabila sesuatu karya di close up.     
      Rupa
Rupa adalah sesuatu imej yang bersifat rata.Permukaannya adalah kosong dan bersifat dua dimensi.Rupa dapat dihasilkan oleh garisan dan warna.Rupa adalah hasil penemuan titik penghujung sesuatu garisan dengan titik permulaannya.Ia adalah suatu kawasan rata dan dilingkari oleh satu garisan luar serta tidak mempunyai jisim.Rupa juga berlanjutan daripada titik dan menjadi garisan yang bersambung sehingga menghasilkan rupa serta di gandingkan dengan kefahaman berkaitan dengan prinsip gubahan yang turut mementingkan ruang.Rupa boleh di olah dalam bentuk positif dan negatif.
Jenis-jenis rupa  ialah rupa geometrik yang terdiri daripada rupa bulat, segi empat, segi tiga, dan lain-lain yang bersudut.Rupa geometric direka dengan sengaja dan tidak akan timbul secara tidak sengaja.Rupa geometric juga terdapat dalam alam semula jadi seperti rupa karang,siput,kacang-kacang,hablur,dan garam mineral.
Rupa organik ialah rupa bebas tanpa sudut dan dapat berubah secara bebas.Rupanya tidak direka dengan sengaja.Sebagai contoh sponge akan menukar rupanya setiap kali ia bergerak.
  


                                Warna
Warna adalah penting dalam kehidupan manusia.Warna juga mempengaruhi kehidupan manusia sama ada personalitinya,kebudayaan serta psikologi dan ia sangat penting.personaliti seseorang dapat ditonjolkan melalui warna kegemarannya.Ia berperanan dalam membentuk mood seseorang.Warna juga meminkan peranan yang penting dalam kebudayaan sesuatu kaum.
Warna dapat mempengaruhi emosi seseorang dari segi psikologi seni.Sebagai contoh warna yang cerah dan terang dapat mengambarkan diri seseorang yang gembira dan riang manakala warna yang gelap dan kelam memperlihatkan watak yang sedih dan muram.
Warna dijadikan sebagai alat komunukasi dalam konteks seni dan boleh dijadikan sebagai hasil gubahan itu supaya lebih kelihatan cantik.Warna juga dihasilkan melalui cahaya kerana tanpa cahaya warna tidak akan wujud.
Dalam  seni visual warna yang utama adalah warna biru, merah dan kuning.Ia dihasilkan  melalui bahan pewarna atau pigmen.Warna-warna ini adalah asli dan tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna-warna lain.Selain itu,pelbagai warna dapat dibentuk melalui warna ini.Ia sesuai digunakan  untuk logo dan poster.
Warna sekunder pula hasil campuran dua warna asas,contohnya biru campur kuning jadi hijau,merah campur biru jadi ungu dan merah campur kuning jadi jingga.
Warna tertier adalah campuran warna asas dengan warna sekunder,sebagai contohnya warna kuning campur warna  hijau menjadi warna kning hijau,warna kuning campur jingga menjadi warna kuning jingga.

No comments:

Post a Comment