Tuesday, March 8, 2011

ARCA

SEJARAH PERKEMBANGAN ARCA

Arca merupakan bentuk dalam susunan tiga dimensi  (3D) untuk dikaji  dan dinikmati nilai estetiknya. Arca tidak sama dengan seni tampak yang lain disebabkan ciri-ciri dimensinya. Walaupun arca merupakan karya seni yang sealiran dengan seni bina dan hiasan dalaman, namun karya ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Terdapat dua jenis bentuk arca,iaitu arca bentuk berfungsi dan arca bentuk estektik. Arca bentuk berfungsi boleh digunakan serta memaparkan ciri-ciri estetiknya. Arca bentuk estetika merupakan bentuk ciptaan pelukis yang tidak mempunyai fungsi tertentu, hanya untuk dihayati dari aspek estetikanya. Arca estetika biasanya dipamerkan di galeri, taman atau ruang legar kawasan peranginan dan ruang –ruang yang sering di kunjungi orang ramai.
            Arca yang paling awal dijumpai merupakan arca ukiran daripada gading, tulang, tanduk dan tanah liat. Arca ini dihasilkan oleh orang Aurignacian dan Magladenia pada kira-kira tahun 8000 S.M. Masyarakat zaman tamadun lama seperti orang Mesir, Yunani ,Mesopotamia ,China dan India turut menghasilkan beraneka jenis arca dengan menggunakan bahan-bahan yang berlainan. Pada zaman itu, arca dibina dalam bentuk figura manusia dan haiwan disebabkan fungsinya sebagai lambang yang berkaitan dengan sistem kepercayaan dan keagamaan.
            Michelangelo Buonarroti (1475 -1564) merupakan pergarca Itali yang teragung pada zaman pembaharuan Renaissance di Eropah. Selain itu, pengarca masyhur yang mula membina arca dalam bentuk abstrak pada zaman sebelum perang dunia kedua iaitu Henry Moore yang berbangsa Inggeris (1898 -1986) dan Alberto Giacometti (1966). Selepas perang dunia kedua bahan yang digunakan untuk membuat arca ialah batu marmar ,kayu gangsa ,bahan plastik nilon, fabrik dan bahan buangan lain.
            Berdasarkan sejarah arca di Malaysia arca tidak berkembang dengan meluas di Malaysia seperti catan. Pengarca yang membina arca estetika moden hanya muncul pada sekitar tahun 1960-an. Antara perintis pengarca tempatan yang terkenal ialah Anthony Lau, Latiff  Mohidin ,Syed Ahmad Jamal ,Lee Kian Seng dan lain-lain. Pengarca generasi muda yang aktif ialah Mad Annuar Ismail ,Raja Shahriman Raja aziddin ,Chin Wan Kee ,Wong Pei Yu dan lain-lain. Seterusnya,Baharuddin Mohd.Arus ,John Hii, Hasnul Jamal Saidon dan lain-lain ialah pengarca-pengarca yang tertarik kepada pendekatan elektronik dan multimedia. Antara taman arca yang teristimewa di Malaysia ialah di Laman Asean yang terletak berhampiran dengan tugu Peringatan Kuala Lumpur. Enam buah arca di Laman Asean merupakan kreativiti pengarca dari Indonesia, Filipina, Brunei Darussalam, Negara Thai, Singapura dan Malaysia sempena menyambut ulang tahun ke-20 penubuhan Asean.
            Antara arcanya ialah yang bertajuk ‘Pertumbuhan’ (1987) dibuat oleh Syed Ahmad Jamal dari Malaysia yang menggunakan batu marmar putih dan menglibatkan teknik binaan. Seterusnya arca yang bertajuk ‘Harmoni’ oleh Dalorasa Sinaga dari Indonesia yang menggunakan bahan konkrit tetulang dan teknik binaan, ’Kemajuan’ oleh Itthi Khong Khakul dari Thailand yang menggunakan paip keluli bebas hakis dan konkrit dan teknik binaan, ‘Tarian Asean’ oleh abu Bakar bin Abdul Rahman dari Brunei Darussalam yang menggunakan kepingan batu marmar, keluli dan konkrit dan teknik binaan dan ‘Borong-Borong’ oleh Jerusalino v.Aroas dari Filipina yang diperbuat daripada keluli bebas hakis, kayu dan kaca yang menggunakan teknik binaan dan asemblej serta ‘Menuju Keamanan’ oleh Han Sai Por dari Singapura yang menggunakan batu marmar dan konkrit yang melibatkan teknik luakan dan asemblaj.
                                   

                                                BENTUK PEMBINAAN ARCA
 Arca tambahan yang menggunakan bahan lembut sebagai tempat tumpangan, bahan sebenar ialah gangsa tuangan atau simen. Bahan lembut boleh dipecahkan apabila arca sebenar siap. Kebiasaannya arca ini menggunakan bahan seperti tanah liat, lilin, bahan-bahan rapuh dan gangsa tuangan simen.
 Arca asemblaj pula ialah bahagian berasingan dicantumkan menjadi satu bentuk yang menarik yang memerlukan bahan seperti kayu, logam, batu, simen, bongkah-bongkah, plaster paris, atau bahan kutipan yang mempunyai bentuk, warna dan jalinan yang menarik serta alat untuk memotong dan memateri.
Arca luakan adalah bahagian-bahagian yang berlebihan daripada blok bahan diukir dan dibuangkan sehingga pengarca berpuas hati dengan rupa, ruang, jalinan, dan bentuk yang tinggal yang menglibatkan penggunaan bahan seperti blok kayu, plaster paris, batu marmar, batu granit dan batu kapur.
 Arca binaan merupakan bahan yang dicantum secara sistematik untuk mendapatkan bentuk yang ada kaitan dengan struktur jentera. Bahan yang digunakan ialah batu – bata, kepingan besi dan bongkah kayu.
Arca acuan pula adalah bahan cecair dituangkan ke dalam acuan yang dibentuk khas terlebih dahulu yang boleh menghasilkan arca dalam kuantiti yang besar yang menggunakan bahan cair yang boleh dikeraskan seperti plastik, logam, simen, tanah liat, dan plaster paris.
Arca bergerak atau arca mobil atau arca kinetik ialah bahagian arca dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak, berputar atau berombak yang menggunakan besi dawai, kepingan logam, kadbod dan sebarang bahan yang ringan.
Arca stabil bermaksud bahan kutipan dicantumkan secara kasar, ia boleh bergerak tetapi tidak mempunyai awangan. Arca ini menglibatkan pelbagai jenis bahan kutipan.
Arca timbulan ialah bentuk tiga dimensi tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat ke dalam, ia adalah hasil kombinasi ciri-ciri catan dan arca. Bahan yang digunakan untuk membuat arca ini adalah kepingan kayu, plaster paris dan batu.
Arca dinding yang menggunakan teknik gergaji, paku, lekat, tampal dan cat secara sistematik untuk menghasilkan kesan timbul dan tenggelam, hasilnya adalah penyatuan catan dengan arca.
Arca instalasi (pemasangan) pula merupakan bahagian-bahagian berasingan yang dicantum, dipasang atau disusun menjadi satu.Kedudukan bahagian mungkin terpisah kerana mementingkan ruang di tapak pameran.
Arca seni land (citra tanah) menggunakan mesin atau jentera berat untuk menukar permukaan tanah atau membungkus tapak yang sedia ada dengan kepingan fabrik, nilon dan tali. Hasilnya di persembahkan dalam bentuk siri gambar foto atau video yang menunjukkan proses pembinaan projek.                                              

                                                           


1 comment: