Sunday, March 13, 2011

PEMBENTUKAN IDEA

Pembentukan Idea
Definisi Idea
 sumber ilham atau buah fikiran hasil dari perhatian , pengalaman seseorang pengkarya setelah membuat kajian dan penyelidikan.
Sumber Idea
Media massa- Salah satu alat komunikasi atau alat perhubungan antara manusia. Terdapat dua media massa iaitu media cetak dan media elektronik.
Teknologi- Salah satu kemajuan atau kemahiran yang digunakan oleh manusia untuk mencapai atau memajukan sesuatu produk atau barang.
Peristiwa- Peristiwa merupakan kejadian yang berlaku pada sesuatu masa iaitu terdapat peristiwa semasa dan peristiwa sejarah.
Persekitaran- Melibatkan kejadian alam sekeliling iaitu terdapat persekitaran alam semulajadi dan buatan manusia.
Fenomena- Kejadian yang benar-benar berlaku sama ada secara semula jadi atau buatan manusia.
Ketuhanan- Memuja sesuatu barang atau benda.

Pengalaman- Kejadian yang dialami atau ditempuhi sama ada pengalaman peribadi atau sosial.
Imbauan - Pengalaman yang lepas.
Imaginasi- Khayalan atau mimpi.

Pendekatan Penjanaan Idea
Definisi
Ialah sesuatu proses mendapatkan sumber maklumat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Antara data yang diperolehi untuk mendapatkan idea ialah:
Data Khusus- Melibatkan pengkhususan atau kemahiran seseorang dalam bidang tertentu.
Data Fakta- Melibatkan data yang boleh dipercayai dari sumber- sumber rujukan seperti buku, majalah, laporan dan internet.
Data Pengalaman- Melibatkan peristiwa atau kejadian yang benar-benar berlaku yang di alami sendiri oleh seseorang.
Data Emosional- Melibatkan perasaan atau rasa yang di alami oleh seseorang apabila berlaku sesuatu kejadian,contohnya, kedukaan, kegembiraan, kesepian dan kesedihan.
Kaedah Penjanaan
Peniruan- kaedah meniru atau mengikut apa yang berlaku pada ketika itu,contohnya menulis.
Temubual- melibatkan dua pihak antara penemu duga dengan respondem
Penerokaan- menyelidik sesuatu perkara yang belum diketahui contohnya penyakit.
Pembacaan- membaca buku, atau majalah serta lain-lain lagi yang dapat memberi maklumat secara langsung.
Pemerhatian- kaedah mengumpul maklumat melalui pancaindera
Eksprementasi- penjanaan idea secara saintifik melibatkan penyelidikan.



Friday, March 11, 2011

SENI TEKAT

SENI TEKAT
1. SEJARAH DAN PERKEMBANGAN
- Seni tekat merupakan hiasan sulaman benang emas atau perak yang dijahit pada kain dasar baldu.  Seni tekat juga dipanggil tuji tumbul, suji timbulan, tekat bersuji dan tekatan. Barang yang biasanya di tekat ialah alas tempat tidur, muka kasut pengantin, kipas pengantin, baju pengantin, tudung saji, bekas barang kemas dan bekas perhiasan
-Asal-usul dan perkembangan tekat secara langsung dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Kesan penggunaan sulaman dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba Melaka. Mereka menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-pakaian mereka.
-Hingga ke hari ini seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dan Negeri Sembilan Darul Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang banyak sekali mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas. Terdapat beberapa jenis tekat yang dikerjakan oleh pandai tukang menekat.
-Pada masa dahulu, istana merupakan penggerak utama pertumbuhan kraf seni tekat. Ramai pandai-pandai tukang tekat dijaga oleh pihak istana. Ini adalah kerana kelengkapan istana memerlukan tekat benang emas. Tekat benang emas menampakkan kemewahan dan keagungan. Ramai pandai tukang pada masa itu membuat tekat untuk kegunaan istana. Secara langsung istana telah menggalakkan kraf tangan seni tekat.
- Setelah wujudnya Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, perusahaan menekat dimajukan lagi dengan program-program latihan, promosi, ciptaan yang baru, galakan pengeluaran dan menjual hasil ke luar negara. Tekat terus berkembang dengan hasil mutunya yang terjamin. Promosi yang dijalankan pada masa sekarang oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan industri pelancongan telah mendorong tukang sebu untuk menghasilkan ciptaan-ciptaan yang lebih bermutu dan berterusan. Secara langsung, kehalusan dan keunikan seni tekat dapat membantu memperkenalkan mutu seni tersebut kepada masyarakat tempatan dan pelancong luar.

2. CIRI-CIRI TEKAT
i.  Baldu dan benang emas
ii. Sulam penuh
iii. Sulam pahat
iv  Tekat timbul benang emas dan perak
v. Tekat gubah ( tidak menggunakan mempulur )
vi. Tekat perada ( perada emas ditampal pada kain.
3. JENIS-JENIS TEKAT.
i. Tekat Timbul Bunga Emas
-Tekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk corak motif. Mempulur ialah kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak motif. Sulaman benang emas akan menutupi mempulur di atas kain baldu.
ii. Tekat Gubah
-Tekat gubah tidak menggunakan mempulur sebagai corak gubahan. Pandai tukang hanya menyulam dan membentuk corak motif melalui benang merah yang dipanggil benang untina. Hiasan corak tekat gubah diiringi dengan labuci dan manik-manik. Kain dasar tekat gubah adalah dari kain biasa. Kegunaan gubahan tekat ialah menghiasi tudung saji, tepak sirih, kasut pengantin, sejadah, penutup pahar, peralatan upacara perkahwinan, lemudi pintu, pakaian diraja dan sebagainya.

4. UNSUR DAN BENTUK MOTIF
i. Motif tumbuhan / flora
ii. Motif geometri ( bersudut )
iii. Motif burung / unggas
iv. Motif awan larat


5. ALAT DAN BAHAN
i. Cuban – untuk membulut benang emas / perak ( terdiri daripada cuban kayu, cuban buluh dan cuban kayu bercabang tiga )
ii. Jarum – untuk menjahit benang emas / perak
iii. Baldu – kain berbulu halus dan lembut
iv. Mempulur – isi tekatan yang dibuat daripada kertas keras
v. Benang emas dan perak
vi. Pemidang kayu – untuk meregangkan kain baldu


6. PROSES TEKATAN
- Bahan asas penting untuk mencipta tekat ialah benang emas, benang putih dan kain dasar dari jenis kain baldu. Di samping itu terdapat juga bahan dari rotan sega, kertas tebal dan kanji (gam) yang digunakan untuk mempulur. Penggunaan mempulur akan menjadikan bentuk sulaman timbul.


-Proses pertama ialah membentuk empulur. Bentuk motif dilukis di atas beberapa helai kertas yang dilekat tindih antara enam hingga lapan helai. Kemudiannya bentuk motif ini dipotong dan diasingkan. Lebar tiap-tiap batang mempulur kertas dibuat antara 0.5 sentimeter dan 0.25 sentimeter. Mempulur daripada kertas digunakan untuk membentuk motif tumbuhan dengan gaya organik. Corak yang terhasil daripada mempulur rotan sega bercorak banji atau corak kisi-kisi dan corak dangai atau catur.

-Seterusnya, kain dasar yang tebal tetapi lembut daripada jenis baldu yang berbulu halus dan berkilat ditegangkan pada pemidang kayu. Kain baldu yang selalu digunakan daripada warna gelap seperti merah pulasan, merah tua, ungu, hijau tua dan hitam. Pemidang kayu pula ada dua jenis iaitu pemidang berkaki dan tanpa kaki. Ukuran pemidang bergantung kepada reka bentuk yang diingini. Baldu yang ditegangkan pada pemidang disambungkan dengan kain putih yang diikatkan ke bingkai pemidang. Oleh itu, baldu akan menjadi tegang.
- Selepas itu, benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui jarum yang sedang matanya. Ukuran jarum menentukan ikatan supaya tidak meninggalkan kesan lubang pada kain dasar. Jarum akan dicucuk agak ke dalam dari bawah batang mempulur. Ikatan benang putih mestilah ketat dan kukuh. Setiap kali merentas, benang-benang emas haruslah disusun rapat-rapat supaya batang mempulur tidak kelihatan dari atas. Dengan ini sulaman akan kelihatan lebih teratur dan kemas.

- Tekatan dibuat sehingga seluruh bentuk mempulur tertutup oleh sulaman. Pada bahagian cantuman benang ataupun pada ruang yang tertinggal kosong ditutup dengan kertas emas atau labuci.


7. TOKOH TEKAT
1. Ahdijah bt. Hasim
-Ahdijah b. Hasim adalah seorang tokoh kraftangan tekat yang telah dipilih oleh Perbadanan Kraftangan Malaysia. Beliau juga dilantik sebagai Adiguru kerana kepakaran dalam bidang tekat. Beliau mula belajar menekat daripada Ibunya bernama Anatishaah bt. Bilai Din juga seorang tokoh tekat di Kuala Kangsar, Perak. Beliau juga banyak menerima tempahan tekat antaranya ialah daripada Sultan Perak, Sultan Johor, Sultan Selangor dan Baju penabalan Yang Di Pertuan Agong.
2. Hajah Azizah bt. Mohd Yusof
-Hajah Azizah berasal dari Kg. Panang Changkat, Bukit Candan, Kuala Kangsar Perak. Kemahiran menekat adalah di warisi dari ibu dan warisan keluarga sejak turun temurun. Sekarang beliau menumpukan sepenuh masa dalam perusahaan menekat. Sebelum ini beliau adalah seorang jurulatih di Perbadanan Kraftangan Cawangan Perak. Beliau pernah mewakili negara ke Jepun, Arab saudi dan Brunei untuk membuat demontrasi menekat.

STYLES OF ART

Styles of Art

Artists used many styles in their paintings and drawings. Here are some of the more common styles of art. Learn about each style and how to identify it. Next time you look at a painting, try to figure out what style it is! To see some artwork done in the different styles, check out the Art By Kids page.

Abstract-  Abstract artists felt that paintings did not have to show only things that were recognizable. In their paintings they did not try to show people, animals, or places exactly  as they appeared in the real world.They mainly used color and shape in their paintings to show emotions. Some Abstract art is also called Non-objective art. In non-objective art, you do not see specific objects. It is not painted to look like something specific.              
Artists -Jackson Pollock and Sonia Delaunay

Cubism-Cubism is modern art made up mostly of paintings. The paintings are not supposed to look real The artist uses geometric shapes to show what he is trying to paint. Early cubists used mainly grays,browns, greens, and yellows. After 1914, Cubists started to use brighter colors. Cubism was the beginning of the Abstract and Non-objective art styles.
Artists- Marc Chagall , Georges Braque, Pablo Picasso

Expressionism-In Expressionist Art, the artist tries to express certain feelings about some thing. The artists that painted in this style were more concerned with having their paintings express a feeling than in  making the painting look exactly like what they were painting.    
Artists- Marc Chagall , Wassily Kandinsky  , Ludwig Kirchner

Fauvism -Fauvism was an art style that lasted only four years, beginning in 1905.The leader of this movement was Henri Matisse. The word Fauvism is french for "wild beasts". It got this name because the paintings had bright and unusual colors. The subjects in the paintings were shown in  a simple way, and the colors and patterns were bright and wild.        
Artists- Henri Matisse

Impressionism-Impressionism was developed in France during the late 19th and early 20th centuries. These pieces of art were painted as if someone just took a quick look at the subject of the painting. The paintings were usually in bold colors and did not have a lot of detail. The paintings in this style were usually outdoor scenes like landscapes. The pictures were painted to look like they were shimmering.          
Artists-Claude Monet , Mary Cassatt , Pierre Auguste Renoir , Camille Pissaro

Pointillism- In Pointillism, the artist uses small dots or strokes of paint to make up the  pictures. From far away, these dots blend together to form the picture and give the impression of different colors as they blend together.
Artists- Paul Seurat , Paul Signac

Pop Art-Pop art can be any every day item that is drawn in a brash and colorful way. Pop Art is short for Popular Art. It is inspired by comic strips, advertising, and popular entertainment.  
Artists-Andy Warhol , Roy Lichtenstein , Claes Oldenberg , David Hockney

Postimpressionism- Postimpressionism began in the 19th century. It was mainly still  lifes and landscapes. The postimpressionists liked to use lots of colors and shadows.  
Artists-Vincent Van Gogh , Henri de Toulouse-Lautrec , Paul Gauguin , Paul Cezanne

Primitivism-Primitive Art looks like art that is done by a child. Usually the picture is painted very simply, and the subjects are "flat", or two-dimensional.           
Artists-Paul Klee , Henri Matisse

Realism-Realism is a type of art that shows things exactly as they appear in life. It began in the 18th century, but the greatest Realist era was  in the mid-19th century. Most Realists were from France, but there were some famous American painters who were Realists also.
Artists- Leonardo Da Vinci , Gustave Courbet , Honore Daumier ,Thomas Eakin,  John Singleton Copley

Surrealism- Surrealists paintings were generally based on dreams. Their paintings were filled with familiar objects which were painted to look strange or mysterious. They hoped their odd paintings would make people look at things in a different way and change the way they felt about things. They thought  that their paintings might stir up feelings in the back of peoples minds.    
Artists- Salvador Dali , Henri Rousseau  ,Max Ernst

BATIK

Sejarah
Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.
Motif
Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.
Contoh Motif Organik.
Motif Ayam, Motif Bunga Buluh ,Motif Bunga Kerak Nasi , Motif Bunga Orkid Motif ,Bunga Raya ,Motif Daun Sireh ,Motif Geometrik, Motif Pucuk Rebung ,Motif Rama-rama, Motif Siput
Contoh Motif Geometrik.
   Motif Pucuk Rebung dan Motif Bunga Kotak Bercampur
Corak
Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut.
Antara corak-corak yang sering digunakan.
  Corak Berdiri
  Corak Jalur
  Corak Melintang
  Corak Menyeluruh
  Corak Menyerong
  Corak Tompok-tompok
  Corak Ulangan Batu-bata
  Corak Ulangan/Selang seli
Proses Membuat
Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik.
  Blok penerap
  Campuran lilin
  Kain
  Pencelup
  Sebuah Meja
Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.
Penjenisan Kain Batik
Batik terbahagi kepada tiga jenis.
Batik Blok
Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.
Batik Conteng
Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.
Batik Skrin
Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.
Kepentingan Batik
Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.

Tuesday, March 8, 2011

ARCA

SEJARAH PERKEMBANGAN ARCA

Arca merupakan bentuk dalam susunan tiga dimensi  (3D) untuk dikaji  dan dinikmati nilai estetiknya. Arca tidak sama dengan seni tampak yang lain disebabkan ciri-ciri dimensinya. Walaupun arca merupakan karya seni yang sealiran dengan seni bina dan hiasan dalaman, namun karya ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Terdapat dua jenis bentuk arca,iaitu arca bentuk berfungsi dan arca bentuk estektik. Arca bentuk berfungsi boleh digunakan serta memaparkan ciri-ciri estetiknya. Arca bentuk estetika merupakan bentuk ciptaan pelukis yang tidak mempunyai fungsi tertentu, hanya untuk dihayati dari aspek estetikanya. Arca estetika biasanya dipamerkan di galeri, taman atau ruang legar kawasan peranginan dan ruang –ruang yang sering di kunjungi orang ramai.
            Arca yang paling awal dijumpai merupakan arca ukiran daripada gading, tulang, tanduk dan tanah liat. Arca ini dihasilkan oleh orang Aurignacian dan Magladenia pada kira-kira tahun 8000 S.M. Masyarakat zaman tamadun lama seperti orang Mesir, Yunani ,Mesopotamia ,China dan India turut menghasilkan beraneka jenis arca dengan menggunakan bahan-bahan yang berlainan. Pada zaman itu, arca dibina dalam bentuk figura manusia dan haiwan disebabkan fungsinya sebagai lambang yang berkaitan dengan sistem kepercayaan dan keagamaan.
            Michelangelo Buonarroti (1475 -1564) merupakan pergarca Itali yang teragung pada zaman pembaharuan Renaissance di Eropah. Selain itu, pengarca masyhur yang mula membina arca dalam bentuk abstrak pada zaman sebelum perang dunia kedua iaitu Henry Moore yang berbangsa Inggeris (1898 -1986) dan Alberto Giacometti (1966). Selepas perang dunia kedua bahan yang digunakan untuk membuat arca ialah batu marmar ,kayu gangsa ,bahan plastik nilon, fabrik dan bahan buangan lain.
            Berdasarkan sejarah arca di Malaysia arca tidak berkembang dengan meluas di Malaysia seperti catan. Pengarca yang membina arca estetika moden hanya muncul pada sekitar tahun 1960-an. Antara perintis pengarca tempatan yang terkenal ialah Anthony Lau, Latiff  Mohidin ,Syed Ahmad Jamal ,Lee Kian Seng dan lain-lain. Pengarca generasi muda yang aktif ialah Mad Annuar Ismail ,Raja Shahriman Raja aziddin ,Chin Wan Kee ,Wong Pei Yu dan lain-lain. Seterusnya,Baharuddin Mohd.Arus ,John Hii, Hasnul Jamal Saidon dan lain-lain ialah pengarca-pengarca yang tertarik kepada pendekatan elektronik dan multimedia. Antara taman arca yang teristimewa di Malaysia ialah di Laman Asean yang terletak berhampiran dengan tugu Peringatan Kuala Lumpur. Enam buah arca di Laman Asean merupakan kreativiti pengarca dari Indonesia, Filipina, Brunei Darussalam, Negara Thai, Singapura dan Malaysia sempena menyambut ulang tahun ke-20 penubuhan Asean.
            Antara arcanya ialah yang bertajuk ‘Pertumbuhan’ (1987) dibuat oleh Syed Ahmad Jamal dari Malaysia yang menggunakan batu marmar putih dan menglibatkan teknik binaan. Seterusnya arca yang bertajuk ‘Harmoni’ oleh Dalorasa Sinaga dari Indonesia yang menggunakan bahan konkrit tetulang dan teknik binaan, ’Kemajuan’ oleh Itthi Khong Khakul dari Thailand yang menggunakan paip keluli bebas hakis dan konkrit dan teknik binaan, ‘Tarian Asean’ oleh abu Bakar bin Abdul Rahman dari Brunei Darussalam yang menggunakan kepingan batu marmar, keluli dan konkrit dan teknik binaan dan ‘Borong-Borong’ oleh Jerusalino v.Aroas dari Filipina yang diperbuat daripada keluli bebas hakis, kayu dan kaca yang menggunakan teknik binaan dan asemblej serta ‘Menuju Keamanan’ oleh Han Sai Por dari Singapura yang menggunakan batu marmar dan konkrit yang melibatkan teknik luakan dan asemblaj.
                                   

                                                BENTUK PEMBINAAN ARCA
 Arca tambahan yang menggunakan bahan lembut sebagai tempat tumpangan, bahan sebenar ialah gangsa tuangan atau simen. Bahan lembut boleh dipecahkan apabila arca sebenar siap. Kebiasaannya arca ini menggunakan bahan seperti tanah liat, lilin, bahan-bahan rapuh dan gangsa tuangan simen.
 Arca asemblaj pula ialah bahagian berasingan dicantumkan menjadi satu bentuk yang menarik yang memerlukan bahan seperti kayu, logam, batu, simen, bongkah-bongkah, plaster paris, atau bahan kutipan yang mempunyai bentuk, warna dan jalinan yang menarik serta alat untuk memotong dan memateri.
Arca luakan adalah bahagian-bahagian yang berlebihan daripada blok bahan diukir dan dibuangkan sehingga pengarca berpuas hati dengan rupa, ruang, jalinan, dan bentuk yang tinggal yang menglibatkan penggunaan bahan seperti blok kayu, plaster paris, batu marmar, batu granit dan batu kapur.
 Arca binaan merupakan bahan yang dicantum secara sistematik untuk mendapatkan bentuk yang ada kaitan dengan struktur jentera. Bahan yang digunakan ialah batu – bata, kepingan besi dan bongkah kayu.
Arca acuan pula adalah bahan cecair dituangkan ke dalam acuan yang dibentuk khas terlebih dahulu yang boleh menghasilkan arca dalam kuantiti yang besar yang menggunakan bahan cair yang boleh dikeraskan seperti plastik, logam, simen, tanah liat, dan plaster paris.
Arca bergerak atau arca mobil atau arca kinetik ialah bahagian arca dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak, berputar atau berombak yang menggunakan besi dawai, kepingan logam, kadbod dan sebarang bahan yang ringan.
Arca stabil bermaksud bahan kutipan dicantumkan secara kasar, ia boleh bergerak tetapi tidak mempunyai awangan. Arca ini menglibatkan pelbagai jenis bahan kutipan.
Arca timbulan ialah bentuk tiga dimensi tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat ke dalam, ia adalah hasil kombinasi ciri-ciri catan dan arca. Bahan yang digunakan untuk membuat arca ini adalah kepingan kayu, plaster paris dan batu.
Arca dinding yang menggunakan teknik gergaji, paku, lekat, tampal dan cat secara sistematik untuk menghasilkan kesan timbul dan tenggelam, hasilnya adalah penyatuan catan dengan arca.
Arca instalasi (pemasangan) pula merupakan bahagian-bahagian berasingan yang dicantum, dipasang atau disusun menjadi satu.Kedudukan bahagian mungkin terpisah kerana mementingkan ruang di tapak pameran.
Arca seni land (citra tanah) menggunakan mesin atau jentera berat untuk menukar permukaan tanah atau membungkus tapak yang sedia ada dengan kepingan fabrik, nilon dan tali. Hasilnya di persembahkan dalam bentuk siri gambar foto atau video yang menunjukkan proses pembinaan projek.                                              

                                                           


UNSUR-UNSUR SENI

Garisan
Garisan merupakan satu aktiviti permulaan untuk menjadikan tanda pertama dengan bermulanya saut titik.Seterusnya menggaris dan membentuk supaya menjadi satu garisan sama ada garisan tebal,nipis,berputar dan lain-lain.Selainn itu garisan juga terjadi apabila saut siri titik  yang bersambung yang mempunyai sifat tersendiri iaitu panjang dan saiz yang berbeza di cantum.
Garisan adalah elemen asas yang penting dan utama dalam unsur seni. Garisan adalah untuk melukis dan melakar.Ia terdapat di sebarang bentuk lukisan atau contengan. Setiap lukisan yang dihasilkan itu pastinya bermula dengan satu garisan.
            Bagi menghasilkan karya seni tedapat pelbagai jenis tulisan yang digunakan iaitu garisan beralun,berlingkar,berputar,berpancar,nipis,berbiji,berduri,bersudut, bergerigi, berserabut, berulang, putus-putus, bergetar, bertitik-titik, berbulu,tebal,kasar, dan halus.
Garisan dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu garisan semulajadi dan buatan manusia.Garisan semulajadi biasanya garisan kasar pada batang pokok,garisan beralun pada ombak,garisan berbulu pada bulu kucing.Seterusnya garisan buatan manusia pula ialah garisan bergerigi pada  mata gergaji,garisan halus pada berus cina dan cat air.
 Garisan juga boleh dilukis dengan menggunakan berbagai jenis alat melukis, sebagai contoh pensil, arang, kapur, pen, pensil warna, dan sebagainya.Garisan juga boleh menghasilkan pelbagai teknik iaitu teknik kolaj, capan, gosokan, anyaman, lipatan, renjisan dan tiupan.
Disamping itu,garisan juga mempunyai kegunaan iaitu garisan mencipta ruang,menghasilkan ton,menimbulkan jalinan, menunjukkan bentuk, memperlihatkan pergerakan dan dijadikan motif bercorak.


   Bentuk

Bentuk mempunyai cirri-ciri yang tersendiri iaitu keluasan, ketinggian, kelebaran, ketebalan ,dan jisim serta mempunyai lebih daripada  satu permukaan.Oleh itu, bentuk mempunyai isi padu,wujud dalam ruang tiga dimensi dan pejal.Rangka bentuk adalah stukturnya.Struktur bentuknya berbeza-beza mengikut sudut pandangan  yang berlainan.Sesuatu bentuk juga boleh dihasilkan dengan menambahkan form.
Terdapat cara yang sesuai untuk menimbulkan form pada rangka bentuk iaitu teknik garisan,lorekan,jalinan, dan catan.Terdapat dua cirri bentuk  iaitu bentuk dua dimensi dan bentuk tiga dimensi.Bentuk dua dimensi mengandungi sifat-sifat  jalinan, garisan, warna dan ruang bertujuan untuk menimbulkan ilusi dalam karya dan menjadikan imej yang terbentuk kelihatan realistik.Seterusnya bentuk tiga dimensi terdapatnya isipadu,panjang,ketebalan,lebar dan mengandungi cirri-ciri fizikal yang lengkap.
Jenis-jenis bentuk yang terdapat ialah bentuk konkrit dan ilusi.Bentuk konkrit adalah bersifat tiga dimensi kerana dapat disentuh,dilihat dan dirasa.Antara contoh karya yang berbentuk konkrit adalah arca,tembikar dan anyaman.Seterusnya bentuk ilusi pula ialah berbentuk dua dimensi seperti gambar,lukisan,catan dan cetakan.ia hanya boleh dilihat tidak boleh dirasa.Bentuk ilusi adalah sama rata apabila di sentuh dan berbentuk maya kerana mengunakan unsur-unsur seni untuk menimbulkan gambaran ilusi.



     Jalinan

Jalinan adalah kesan-kesan yang terdapat pada permukaan benda atau objek semulajadi dan buatan manusia.Permukaan seperti botol,cermin,buah epal dan cakera padat mempunyai sifat jalinan yang licin.Permukaan buah durian ,kulit kerang dan kulit pokok mempunyai sifat jalinan yang kasar dan kesat.Sifat jalinan pada kain sutera pula adalah halus dan lembut.Kesan-kesan ini boleh dirasa melalui sentuhan tangan.Kesan jalinan dapat menimbulkan jisim pada bentuk.Karya yang mempunyai kesan jalinan akan kelihatan lebih menarik dan realistik.Ia dapat dihasilkan melalui pelbagai teknik seperti lukisan,catan,ukiran,cetakan,resis(batik),paulaman,capan,dan gosokan.
Kesan Jalinan mempunyai peranan untuk perlindungan.Contohnya pokok kaktus berduri untuk melindungi daripada dimakan oleh haiwan,manakala corak bunga pada tayar juga berfungsi untuk mencengkam semasa bergerak di jalan raya.
Jalinan terbahagi kepada dua iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak.Jalinan sentuh adalah permukaan yang dapat dirasa melalui sentuhan sama ada kasar,halus,lembut,lembik,dan lain-lain.ia terdapat dua objek iaitu objek semulajadi dan buatan manusia.Sebagai contohnya yang mempunyai cirri-ciri ini ialah kulit nenas,kulit oren,kulit kayu,dan lain-lain.Jalinan tampak adalah kesan yang boleh dilihat dengan pancaindera.Ia hanya berada dalam ilusi dan tidak merasa apa-apa bila disentuh,contohnya kulit tembikai.



     Ruang
Ruang adalah satu kawasan kosong yang mengelilingi sesuatu objek sama ada tersusun atau tidak tersusun.Ia sangat penting kerana memberikan keselesaan,menimbulkan jarak pada objek.Unsur-unsur seni seperti garisan ,jalinan, dan warna boleh menimbulkan ruang di belakang atau di hadapan.Sebagai contoh warna panas atau gelap digunakan untuk objek yang berada dekat dan warna sejuk atau pudar untuk objek yang jauh.
Ruang terbahagi kepada dua iaitu ruang nyata @ ruang fizikal dan ruang ilusi.Ruang nyata dapat dilihat pada arca,tembikar.anyaman,tenunan,dan ukiran kayu.Manalaka ruang ilusi merupakan ruang yang terhasil pada permukaan dua dimensi iaitu pada lukisan atau catan.Antara contoh ruang ilusi adalah ruang positif,negative,ruang kedalaman,cetek,dan tidak menentu.
Ruang positif adalah kawasan yang dilukis dengan sesuatu objek tanpa mengira objek tersebut memenuhi separuh daripada permukaan atau memerlukan sedikit ruang.Ruang ini menjadi fokus pemerhati.
Ruang negatif merupakan semua kawasan yang tidak digunakan atau diabaikan dalam menghasilkan karya.Kawasan ini tidak menjadi fokus pemerhati tetapi ruang ini adalah penting untuk menghasilkan sesuatu karya.Ruang ini dapat menentukan sama ada objek yang dilukis tepat atau tidak terutama dalam melukis objek yang lebih daripada satu atau tersusun.
Ruang kedalaman menunjukkan sesuatu suasana yang jauh ke dalam pada permukaan dua dimensi.Ia merupakan satu ruang yang mengandungi pelbagai saiz.ia terhasil apabila adanya perbezaan  jarak yang ditunjukkan melalui nilai garisan,ton,warna dan lain-lain.Ruang ini dikaitkan dengan catan landskap.
Ruang cetek adalah satu ruang yang dilihat dengan satu pandangan yang terhad.Ruang ini terjadi apabila sesuatu karya di close up.     
      Rupa
Rupa adalah sesuatu imej yang bersifat rata.Permukaannya adalah kosong dan bersifat dua dimensi.Rupa dapat dihasilkan oleh garisan dan warna.Rupa adalah hasil penemuan titik penghujung sesuatu garisan dengan titik permulaannya.Ia adalah suatu kawasan rata dan dilingkari oleh satu garisan luar serta tidak mempunyai jisim.Rupa juga berlanjutan daripada titik dan menjadi garisan yang bersambung sehingga menghasilkan rupa serta di gandingkan dengan kefahaman berkaitan dengan prinsip gubahan yang turut mementingkan ruang.Rupa boleh di olah dalam bentuk positif dan negatif.
Jenis-jenis rupa  ialah rupa geometrik yang terdiri daripada rupa bulat, segi empat, segi tiga, dan lain-lain yang bersudut.Rupa geometric direka dengan sengaja dan tidak akan timbul secara tidak sengaja.Rupa geometric juga terdapat dalam alam semula jadi seperti rupa karang,siput,kacang-kacang,hablur,dan garam mineral.
Rupa organik ialah rupa bebas tanpa sudut dan dapat berubah secara bebas.Rupanya tidak direka dengan sengaja.Sebagai contoh sponge akan menukar rupanya setiap kali ia bergerak.
  


                                Warna
Warna adalah penting dalam kehidupan manusia.Warna juga mempengaruhi kehidupan manusia sama ada personalitinya,kebudayaan serta psikologi dan ia sangat penting.personaliti seseorang dapat ditonjolkan melalui warna kegemarannya.Ia berperanan dalam membentuk mood seseorang.Warna juga meminkan peranan yang penting dalam kebudayaan sesuatu kaum.
Warna dapat mempengaruhi emosi seseorang dari segi psikologi seni.Sebagai contoh warna yang cerah dan terang dapat mengambarkan diri seseorang yang gembira dan riang manakala warna yang gelap dan kelam memperlihatkan watak yang sedih dan muram.
Warna dijadikan sebagai alat komunukasi dalam konteks seni dan boleh dijadikan sebagai hasil gubahan itu supaya lebih kelihatan cantik.Warna juga dihasilkan melalui cahaya kerana tanpa cahaya warna tidak akan wujud.
Dalam  seni visual warna yang utama adalah warna biru, merah dan kuning.Ia dihasilkan  melalui bahan pewarna atau pigmen.Warna-warna ini adalah asli dan tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna-warna lain.Selain itu,pelbagai warna dapat dibentuk melalui warna ini.Ia sesuai digunakan  untuk logo dan poster.
Warna sekunder pula hasil campuran dua warna asas,contohnya biru campur kuning jadi hijau,merah campur biru jadi ungu dan merah campur kuning jadi jingga.
Warna tertier adalah campuran warna asas dengan warna sekunder,sebagai contohnya warna kuning campur warna  hijau menjadi warna kning hijau,warna kuning campur jingga menjadi warna kuning jingga.

IKONOGRAFI

Ikonografi


Ikonografi adalah cabang sejarah seni yang mempelajari identifikasi, deskripsi dan interpretasi isi gambar. Kata ikonografi bererti "penulisan gambar", dan berasal dari Yunani Kuno.Ia merupakan lambang-lambang seni yang digambarkan melalui lukisan, ukiran arca, dan sebagainya.
            Ikonografi juga merupakan persoalan ikon yang memperkatakan mengenai objek dan makna. Peringkat awal Panofsky menerangkan mengenai objek dan makna apabila menceritakan bahawa kawannya menegur beliau dengan mengangkat topi. Dengan mengangkat topi itu beliau telah mengatakan itu sesuatu petanda tentang objek dan makna.Simbol Mengangkat topi adalah suatu makna yang mendalam sama ada menghormati,menegur,bermesra, atau sopan santun. Makna itu juga boleh dikatakan sebagai makna inprisit atau makna yang mendalam. Makna tersebut tidak dapat diterima pada tempat yang lain.
            Terdapat tiga objek dan makna dalam karya seni iaitu objek yang natural atau primari,objek yang biasa atau sekunder dan makna intrinsik atau isi.

PANOFSKY

OBJEK YANG NATURAL ATAU PRIMARI
·         Objek yang natural atau primary terbahagi kepada fakta dan eksperi
·         Makna diperolehi daripada bentuk
·         menurutnya lagi bentuk adalah dihasilkan daripada konfigurasi garisan,warna yang diperbuat daripada gangsa atau batu.
·         Objek natural adalah manusia,binatang,tumbuh-tumbuhan,rumah dan alatan
·         Makna yang berhubung dengan objek diperolehi daripada peristiwa.
·         Makna juga diperolehi dari perasaan seperti sedih dan suasana,sebagai contohnya,suasana rumah yang mewah atau rumah yang biasa.
·         Alam berbentuk demikian dipanggil objek primary dan motif seni yang asas.
·         Motif-motif tersebut dihuraikan sebagai pra-ikonografi dalam karya seni.
OBJEK YANG BIASA ATAU SEKUNDER
v  Beliau menggambarkan sebuah arca objek lelaki yang memegang pisau mewakili st.Bartholomew dan objek perempuan memegang buah peach adalah sebagai personality kejujuran.
v  Beliau juga menggambarkan objek karya lukisan ‘The Last Supper ‘ dalam gambaran dua watak jahat dan baik.
v  Karya tersebut menunjukkan peristiwa dan makna
v  Dalam hal yang demikian,maka dalam pengolahan karya di atas terangkumlah persoalan objek yang digambarkan dengan peristiwa.Di samping karya tersebut mencatumkan persoalan komposisi.
MAKNA INTRINSIK ATAU ISI
§  Beliau mendefinisikan makna melalui sejumlah prinsip yang menentukan sikap sesuatu Negara,zaman,kelas atau pendirian agama dan falsafah.
§  Kesemuanya adalah dinyatakan melalui personaliti seseorang melalui karya seni.
§  Beliau menyatakan kepentingan kaedah komposisi dan ikonografi dalam sesebuah karya.
§  Beliau telah membuktikan sesebuah karya bertajuk ‘Vigrin Mary’ dimana mary terbaring diatas sofa melutut memujuk ‘baby jesus’.Gambaran objek karya menunjukkan skema tiga segi.
§  Dari segi ikonografi mempunyai makna yang intrinsik.
 



 SUSANNE K. LANGER

Ø  Beliau adalah ahli falsafah Amerika, pernah mengajar di Kolej Radcliffe dan kolej Connecticut sebagai Profesor.
Ø  Karya beliau adalah: An Introduction to Symbolic Logic, Feeling and Form: A Theory of Art dan banyak lagi.
Ø  Beliau menyatakan dalam falsafah seni, bentuk atau form menjadi tupuan utama.
Ø  Beliau menerangkan tentang definisi seni dan fungsi seni.
Ø  Beliau berpegang kepada 7 konsep teknik yang pelbagai dalam karya seni iaitu lambang, abstraksi, ekspresi, perasaan, bentuk, ilusi, dan imej yang tersirat.
Ø  Lambang, abstraksi, perasaan dan bentuk adalah bersangkutan dengan takrif seni.
Ø  Sementara ilusi dan imej tersirat adalah tesis tentang fungsi seni.
Ø  Perkataan perasaan yang digunakan oleh beliau merangkumi semua hal yang dapat dirasakan atau dialami merangkumi kesakitan, sedih, pilu, riang, gembira, dendam, ketegangan intelek dan lain-lain.
Ø  menurut beliau bentuk mempunyai pengertian yang sangat luas.
Ø  Bentuk dapat difahami antara lain sebagai bentuk sonata dan balada dalam puisi dan bentuk simfoni dalam muzik.
Ø  Dalam pengertian ini bentuk merupakan sebahagian kecil daripada bentuk yang dimaksudkan oleh beliau.
Ø  Dalam karya seni visual bentuk adalah struktur, kejelasan, satu kesatuan yang dihasilkan daripada hubungan faktor-faktor yang saling berkaitan.
Ø  Secara ringkasnya bentuk adalah kesatuan yang disatukan.
Ø  Menurutnya abstraksi tidak hanya terbatas kepada objek-objek malah abstraksi juga dapat digunakan untuk peluahan rasa.
Ø  Karya seni adalah lambang ikon pada perasaan manusia yakni  lambang bagi maksud sesuatu.
Ø  Lambang bagi seni ialah unsure-unsur dalam karya seni yang bersifat seperti kekudusan dan cinta.
Ø  Langer menyatakan bahawa semua karya seni adalah memiliki satu cirri yang sama iaitu mengabstraksi lambang melalui gambaran.
Ø  Semua karya seni melambangkan bentuk-bentu perasaan manusia.
Ø  Semua luahan dalam karya seni adalah luahan perasaan subjektif yang sukar difahami.   
Ø  Sama juga lambang bersifat ikon hanya difahami oleh pengkarya sahaja.
Ø  Langer menyatakan bahawa karya seni meniru perasaan manusiawi walaupun peniruan itu tidak   ketara.
Ø  Teori peniruan Plato tidak diterima oleh Ranger. Bagi Ranger karya seni bukanlah peniruan  ianya adalah perasaan pengkarya.
Ø  Beliau berpendapat karya seni hanyalah sebagai ilusi.
Ø  Pengukuhannya ialah semua karya seni ada makna tersirat didalam perasaan pengkarya.
Ø  Beliau berpendapat dalam ruang karya seni berbeza dengan ruang yang terdapat disekitar.
Ø  Contohnya ruang dalam lukisan adalah ilusi berbanding dengan ruang sebenar.